BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Ditahan Kes Lelaki Parah Diserang Di Kajang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Empat Ditahan Kes Lelaki Parah Diserang Di Kajang​

9ecc991e9e1fbe7dff568664120d355267b89f38a52d8

ACP Naazron Abdul Yusof (tengah).

Polis menahan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki diserang dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan dekat Taman West Country, Kajang awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata laporan polis mengenai mangsa berusia 29 tahun itu dibuat pada 2.28 pagi.

Beliau berkata mangsa dirawat di Hospital Kajang akibat kecederaan parah yang dipercayai berpunca daripada serangan menggunakan senjata tajam oleh beberapa individu yang dikenali.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan gerakan mengesan suspek dan berjaya menahan empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an di sekitar Kajang semalam dan awal pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naazron berkata semua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah direman selama empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan suspek berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan individu lain mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Sharulhasram Ramli di talian 017-253 0380 atau balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register