BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah Di Ipoh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Empat Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah Di Ipoh​

a1a70167f44ad9c1c80e28ecaea999876a9832212b882

kredit: Polis Perak

Polis menahan empat lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Pengkalan Indah di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kesemua suspek ditahan pada 2.45 pagi tadi hasil risikan dan tindakan susulan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di dua hotel berasingan di sekitar Ipoh.

“Semakan mendapati kesemua tahanan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Najib berkata polis turut merampas beg sandang, pisau bersarung, minuman keras serta sejumlah mata wang asing, antaranya mata wang Vietnam dan Hong Kong.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes pecah rumah lain di sekitar daerah Ipoh,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register