BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Empat Lelaki Disyaki Pecah Masuk Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Polis Kesan Empat Lelaki Disyaki Pecah Masuk Rumah​

822d112579433615f97a319ee154e0906a4bbc77b6503

Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor. fb Polis Daerah Sungai Buloh

Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah seorang wanita di Sungai Buloh, Selangor, yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM35,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit hari ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan empat lelaki bertopeng yang mengakibatkan kerugian barangan kemas dan kehilangan beberapa dokumen penting," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shamie Yusop melalui talian 013-6463069 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh 03-61561222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan keadaan rumah seorang wanita berselerak selepas dipercayai dipecah masuk, dengan wang tunai, telefon bimbit, barang kemas serta pasport didakwa hilang.

 
Back
Top
Log in Register