BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Lelaki Disyaki Menyamar Penjawat Awam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80

Polis Kesan Lelaki Disyaki Menyamar Penjawat Awam​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai penjawat awam untuk memperdaya orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6.58 petang semalam.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Aidah Yem menerusi talian 010-2176278 bagi membantu siasatan.

Semalam, tular di aplikasi Threads hantaran seorang wanita mendakwa menjadi sasaran cubaan penipuan selepas dihubungi individu yang mengaku sebagai anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan pegawai sebuah kementerian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang kegiatan jenayah boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-89114243.

 
Back
Top
Log in Register