BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Edar Dadah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Edar Dadah​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga dekat Kampung Gajah pada Khamis lepas kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata penganggur berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 9.30 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak susulan maklumat yang diterima.

“Pemeriksaan menemukan sembilan peket plastik lutsinar berisi dadah heroin dianggarkan seberat 146.33 gram (g) dan enam peket berisi dadah methamphetamine (24.7g) serta 17 keping keranjang aluminium mengandungi 170 pil disyaki Erimin 5 (53.38g).

“Selain itu, turut ditemukan 41 peket plastik bergambar kartun mengandungi satu kartrij vape berisi cecair disyaki mengandungi ketamin (360.8g) dengan anggaran isi padu 123 mililiter, dengan nilai keseluruhan dadah dirampas RM29,991.50,” katanya.

Hafezul Helmi berkata polis juga menyita sebuah kereta Proton Waja, motosikal Honda RS 150 dan wang tunai berjumlah RM3,372 dalam serbuan itu.

Beliau berkata suspek yang didapati positif methamphetamine direman hingga 13 Ogos dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register