BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akses kepada penyejukan perlu diperluas tanpa tingkatkan pelepasan gas: Grace Fu

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

Akses kepada penyejukan perlu diperluas tanpa tingkatkan pelepasan gas: Grace Fu​

screenshot_2026-09-17_120705.jpg

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berucap di Perhimpunan Ikrar Penyejukan Global pada 17 Sep 2026. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Negara-negara perlu memperluaskan akses kepada kemudahan penyejukan tanpa meningkatkan pelepasan gas dan penggunaan tenaga ketika suhu dunia terus meningkat, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Khamis (17 Sep).

Berucap di Perhimpunan Ikrar Penyejukan Global yang julung-julung kali diadakan, Cik Fu berkata Asia mengalami pemanasan hampir dua kali lebih pantas daripada purata global, dengan cuaca ekstrem menjadi semakin buruk, termasuk gelombang haba ekstrem, kemarau berpanjangan dan fenomena El Nino 'super'.

IKLAN

Cik Fu menarik perhatian bahawa unjuran iklim terkini menunjukkan purata suhu tahunan Singapura boleh meningkat sehingga lima darjah Celsius menjelang akhir abad ini, menyebabkan lebih banyak hari dan malam yang panas serta tempoh tekanan haba tinggi yang lebih kerap.

"Apabila suhu meningkat, permintaan terhadap sistem penyejukan juga akan bertambah," kata Cik Fu.

"Sistem penyejukan kini menyumbang sekitar 20 peratus daripada penggunaan elektrik global dan permintaan dijangka meningkat lebih tiga kali ganda menjelang 2050."

Singapura menjadi tuan rumah bersama perhimpunan itu dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan Cool Coalition, sebuah rangkaian global yang terdiri daripada pemerintah, pertubuhan antarabangsa, perniagaan, institusi kewangan dan ahli akademik yang berusaha memajukan sistem penyejukan mampan.

Cik Fu mengumumkan pada persidangan iklim COP30 di Belém, Brazil, tahun lalu bahawa Singapura akan menjadi tuan rumah perhimpunan tersebut.

IKLAN

Acara yang berlangsung dari Selasa hingga Jumaat itu turut menyaksikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Berbilang Pemerintah mengenai Penyejukan, yang bertanggungjawab memantau kemajuan Ikrar Penyejukan Global.

Lebih 230 pemimpin daripada sektor pemerintah, akademik dan perniagaan dari lebih 60 negara menghadiri perhimpunan tersebut bagi menterjemahkan matlamat penyejukan mampan kepada tindakan.

Para perwakilan menghabiskan dua hari pertama meneliti huraian penyejukan dan daya tahan terhadap haba bagi bandar berkepadatan tinggi. Baki dua hari pula akan digunakan untuk menilai kemajuan dan berkongsi strategi bagi mempercepat pelaksanaan.

PERANCANGAN, DASAR DAN KERJASAMA

Dalam ucapannya, Cik Fu menggariskan tiga keutamaan Singapura dalam menangani isu penyejukan mampan, iaitu perancangan, dasar dan kerjasama.

IKLAN

Beliau berkata pelan penyesuaian Singapura berasaskan sains dan data serta disesuaikan dengan keadaan tempatan.

Sebagai contoh, Singapura melancarkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus yang merangkumi inisiatif 'Adapting to Heat Impacts' bernilai S$40 juta.

Hasil penyelidikan itu diterapkan dalam langkah penyesuaian seperti sistem penyejukan pasif dan hibrid, penambahan kehijauan, aliran angin dan teduhan dalam pembangunan bandar.

Cik Fu berkata perancangan juga perlu disokong dasar, sambil memberi contoh Piawaian Prestasi Tenaga Minimum bagi peralatan rumah yang biasa digunakan.

Pada masa yang sama, tempat untuk menyejukkan diri perlu mudah diakses.

IKLAN

Beliau berkata pemerintah akan membuka lebih 300 pusat penyejukan di seluruh Singapura semasa gelombang haba, dengan menggunakan ruang masyarakat sebagai tempat penduduk berlindung daripada cuaca panas ekstrem.

Kerjasama antara pemerintah, sektor perniagaan dan masyarakat juga diperlukan, kata Cik Fu.

"Haba menjejas kesihatan awam, meningkatkan risiko penyakit berkaitan haba dan penyakit berjangkit, mendedahkan golongan rentan kepada risiko lebih besar serta mengganggu operasi perniagaan," kata beliau.

"Tiada satu agensi atau sektor mampu menangani kesan ini secara bersendirian. Kita perlu bertindak bersama untuk melindungi rakyat, masyarakat dan ekonomi kita."

Pejabat Dasar Daya Tahan Haba menyelaraskan usaha merentas pemerintah dan menyokong pelan tindakan nasional yang merangkumi keperluan prasarana, kesihatan, ekonomi dan sosial, kata Cik Fu.
Pengarah Bahagian Perubahan Iklim Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Martin Krause, berucap di Perhimpunan Ikrar Penyejukan Global pada 17 Sep 2026. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Pengarah Bahagian Perubahan Iklim UNEP, Encik Martin Krause, turut memberi amaran bahawa tanpa tindakan, permintaan terhadap sistem penyejukan boleh meningkat lebih tiga kali ganda menjelang 2050, manakala pelepasan gas pula berganda dan berbilion-bilion orang mungkin tidak mendapat perlindungan mencukupi daripada cuaca panas.

"Tugas kita sekarang adalah untuk menggabungkan huraian ini dan melaksanakannya secara meluas," kata Encik Krause.

Beliau merujuk kepada pelan hala tuju global bagi daya tahan haba, yang menyediakan rangka kerja kepada negara-negara untuk menyepadukan usaha berkaitan iklim, kesihatan, tenaga kerja, pembangunan bandar dan pembangunan.

Menurut Encik Krause, rangka kerja itu dapat mengubah tindak balas yang berpecah-pecah kepada pelaksanaan huraian yang lebih terselaras.

"Negara dan bandar perlu menentukan hala tuju menerusi pelan penyejukan nasional, strategi menangani haba bandar, dasar yang menyokong serta langkah untuk mengubah pasaran peralatan cekap tenaga," katanya.

Encik Krause turut memperkenalkan 'Cool Coalition Manufacturing Platform', sebuah inisiatif sukarela yang menghimpunkan pemerintah dan pengeluar bagi memperluaskan akses kepada peralatan penyejukan cekap tenaga serta mempercepat peralihan kepada bahan pendingin yang mempunyai potensi pemanasan global rendah dan sangat rendah.

 
Back
Top
Log in Register