BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAS Kompaun Enam Motosikal Gagal Ujian Bunyi Bising, Pelepasan Gas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

JAS Kompaun Enam Motosikal Gagal Ujian Bunyi Bising, Pelepasan Gas​

d007753c65f1449d95251d010a375d566aa644f6865bb

Kredit: JAS WPKL

Enam daripada 50 motosikal yang diperiksa dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekitar ibu negara semalam dikompaun selepas gagal ujian bunyi bising dan pelepasan gas.

Pengarah JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata enam motosikal berkenaan dikesan melakukan kesalahan yang menyumbang kepada pencemaran udara serta kacau ganggu bunyi bising.

“Enam motosikal terbabit dikenakan tindakan kompaun di bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan bunyi bising dan pelepasan gas motosikal yang turut melibatkan Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WPKL itu akan terus dilaksanakan bagi memastikan tahap pematuhan penunggang terhadap peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Langkah penguatkuasaan yang konsisten penting bagi menjamin kelestarian alam sekitar, sekali gus menyumbang kepada kualiti udara lebih baik untuk kesejahteraan awam,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sharifah Zakiah berkata JAS WPKL melaksanakan 50 operasi penguatkuasaan yang memfokuskan kesalahan pelepasan gas dan bunyi bising motosikal sepanjang tahun ini.

Menerusi operasi berkenaan, sebanyak 235 kompaun dikeluarkan kepada pemilik motosikal yang ingkar.

 
Back
Top
Log in Register