BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Gerak 2026: JAS Pahang Kompaun Dua Kenderaan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,801
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,801
Reaction score
98
Points
80
ca7beced213b52e57f59abd10ef4cd9e69d725122f733

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Zakaria Ahmad @ Mohd (kiri) memantau anggotanya melakukan ujian pelepasan asap menggunakan alat pengukur asap (smoke meter) terhadap sebuah kenderaan diesel dalam Operasi Gerak Kenderaan Motor Peringkat Kebangsaan 2026 (Ops Gerak 2026) di laluan pintu masuk Gambang, malam tadi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengeluarkan dua kompaun terhadap dua kenderaan dalam Operasi Gerak Kenderaan Motor Peringkat Kebangsaan 2026 (Ops Gerak 2026) di laluan pintu masuk Gambang di sini, semalam.

Pengarah JAS Pahang Zakaria Ahmad @ Mohd berkata kedua-dua kenderaan itu dikompaun di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996.

“Operasi yang dijalankan dari 9 hingga 11 malam ini bertujuan memastikan semua pihak sama ada individu mahupun industri mematuhi perundangan alam sekitar, khususnya berkaitan pelepasan asap dan gas daripada kenderaan,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

Beliau berkata Ops Gerak 2026 dilaksanakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang, dengan fokus kepada pematuhan kenderaan bermotor dan pengguna jalan raya.

Zakaria berkata JAS tidak berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang alam sekitar dan akan terus memperhebat tindakan penguatkuasaan.

“Operasi ini diharap dapat memberi mesej jelas bahawa kerajaan serius dalam menangani jenayah alam sekitar serta memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPJ Pahang Ahmad Sallehhuddin Mat Nasir berkata sepanjang operasi itu, pihaknya memeriksa 150 kenderaan dan mengeluarkan 20 saman atas pelbagai kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register