BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengarah Urusan Syarikat Pembekal Baja Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Pengarah Urusan Syarikat Pembekal Baja Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM​

b6b1d42d94ee9c598bb0a99dd0fe75fc61723d1f32971


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membebaskan seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja yang direman berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di negeri ini.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan reman selama empat hari sehingga semalam, dan dibebaskan sebaik tempoh reman tamat.

Beliau, bagaimanapun memaklumkan suspek dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM Kedah setiap bulan dan perlu hadir jika dipanggil untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan Baja Padi 3 kepada pesawah di Kedah.

Kertas siasatan itu dibuka susulan aduan diterima daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos lepas berhubung kelewatan pembekalan baja yang menjejaskan keperluan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), melibatkan kawasan seluas kira-kira 100,000 hektar.

 
Back
Top
Log in Register