BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tandatangan Digital Urusan Tanah Akan Diperluas Kepada Orang Ramai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Tandatangan Digital Urusan Tanah Akan Diperluas Kepada Orang Ramai​

f03044e65326147f6d422c0fcf543e026a9ed45852c0a

BERNAMA TV | Astro 502, unifi TV 631, MyTV 121

Penggunaan tandatangan digital dalam sistem e-Tanah akan diperluas secara berperingkat dalam urusan melibatkan orang ramai, kata Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Muhammad Yasir Yahya.

Beliau berkata pada masa ini, tandatangan pentadbir tanah bagi urusan melalui sistem berkenaan telah dilaksanakan secara digital tanpa menggunakan pen dan dakwat.

“Dari semasa ke semasa, penggunaan tandatangan digital ini akan diperluas kepada urusan yang dilaksanakan oleh orang ramai.

“Pendigitalan pentadbiran tanah bukan sahaja memudahkan urusan secara dalam talian, malah memperkukuh keselamatan, integriti dan kebolehpercayaan rekod hak milik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Tanah Kita, Tanggungjawab Bersama” malam ini, yang turut menampilkan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata pendaftaran pindah milik tanah boleh diselesaikan dalam tempoh sehari sekiranya semua syarat dan dokumen ditetapkan dipenuhi.

“Tanah mestilah bebas daripada kaveat, duti setem dan segala bayaran berkaitan telah dijelaskan serta dokumen yang dikemukakan lengkap. Selepas disemak dan didapati lengkap, urusan itu boleh terus didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata tempoh sehari itu dikira dari 8 pagi pada hari dokumen dikemukakan hingga 8 pagi hari berikutnya, dan pelaksanaannya telah dicapai di banyak negeri.

Berhubung harta pusaka kecil, Mohd Fauzi menasihati waris supaya memulakan urusan pembahagian secepat mungkin kerana kelewatan boleh menyebabkan berlakunya kematian berlapis, pertambahan jumlah waris dan pertikaian keluarga.

 
Back
Top
Log in Register