BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Negeri Pahang Minta Orang Ramai Waspada Sindiket Penipuan Urusan Permohonan Tanah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Negeri Pahang Minta Orang Ramai Waspada Sindiket Penipuan Urusan Permohonan Tanah​

4e64ad4c6768af46d5567e7e508c1b1769f871d0f0ae2

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
---fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pahang mengesan satu sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong melibatkan tanah milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sindiket itu menawarkan urusan pemberimilikan tanah dengan meminta orang ramai membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum proses berkenaan dilaksanakan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tiada melantik mana-mana individu, ejen ataupun syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah kerajaan negeri di luar prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memperdaya rakyat atau menyalahgunakan nama kerajaan negeri, dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran, menandatangani dokumen atau melakukan urusan berkaitan tanah tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata orang ramai yang merasakan dirinya tertipu diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Kerajaan negeri kekal komited memastikan setiap urusan pentadbiran tanah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi undang-undang. Semak dahulu, jangan mudah percaya dan jangan sesekali menjadi mangsa penipuan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register