BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Negeri Pahang Selesai 99.5 Peratus Permohonan Hak Milik Tanah Peneroka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Negeri Pahang Selesai 99.5 Peratus Permohonan Hak Milik Tanah Peneroka​

04423c9c31ff7e02d9530a05473899e86a6301eb8bd2b

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Kerajaan Negeri Pahang telah menyelesaikan 99.5 peratus permohonan surat hak milik tanah daripada lebih 43,600 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata hanya kira-kira 200 kes belum diselesaikan berikutan isu pewarisan, namun perkara itu dijangkakan dapat dimuktamadkan pada tahun ini.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kebajikan peneroka FELDA terus terbela termasuk menyelesaikan isu pemilikan tanah yang telah lama dibangkitkan,” katanya.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini hari ini.

Isu pemilikan tanah peneroka FELDA, menurut beliau antara perkara diberikan perhatian oleh kerajaan negeri kerana ia melibatkan hak serta masa depan keluarga peneroka.

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri turut memberikan perhatian terhadap keperluan generasi kedua FELDA termasuk dalam memastikan mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang akan terus menumpukan perhatian terhadap pertumbuhan ekonomi serta kebajikan untuk manfaat rakyat secara berterusan.

 
Back
Top
Log in Register