BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peneroka Felda Johor Akhiri Penantian Berdekad, Isu Hak Milik Selesai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Peneroka Felda Johor Akhiri Penantian Berdekad, Isu Hak Milik Selesai​

5812e2f6b4e1439afc2d832dcd0dfc806a3b3ad29ea9e

1d4d2637bb0e0b94868735e6d2f69f5c6a3b3acab7065


Penerimaan geran hak milik kebun dan kediaman seluas hampir 4.2 hektar di Felda Kahang Timur di sini dianggap sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat peneroka, Muhammad Awi Ahmad, yang akan menyambut ulang tahun ke-75 hari ini.

Muhammad Awi berkata dia pernah membuat tiga permohonan bagi mendapatkan hak milik kekal tanah yang diterokainya sejak 1986, dengan permohonan pertama dibuat pada 1990 dan kali kedua pada 2000, namun kedua-duanya tidak berjaya.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata usaha berkenaan akhirnya membuahkan hasil selepas kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya menyelesaikan permohonannya dalam tempoh kira-kira setahun.

“Kebimbangan saya sudah tiada lagi kerana bermula hari ini, bersempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-75, tanah yang saya usahakan sekian lama kini menjadi hak milik saya sendiri,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Awi berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Peneroka Felda Johor kepada 210 penerima dari Kluang, Kota Tinggi dan Mersing di Dewan Dato’ Onn, Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, di sini semalam yang dihadiri Onn Hafiz.

Sementara itu, anak Muhammad Awi yang mewakili generasi kedua FELDA, Norliyani Muhammad Awi, 25, berkata penyerahan geran hak milik kekal itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah yang sekian lama membelenggu peneroka.

Dia berkata sekiranya isu itu tidak diselesaikan, kebimbangan yang dihadapi generasi pertama peneroka akan terus diwarisi generasi kedua, ketiga dan seterusnya.

“Mungkin generasi pertama FELDA masih mempunyai kampung asal untuk kembali, tetapi bagi kami generasi kedua dan ketiga, inilah kampung halaman kami dan kami tidak mempunyai tempat lain untuk dituju.

“Kebimbangan kami sekiranya perkara ini tidak diselesaikan, tanah yang diusahakan keluarga kami selama ini mungkin suatu hari nanti menjadi milik pihak lain, dan bukannya atas nama ibu bapa kami,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register