BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Akan Bangkitkan Isu Tanah Orang Asli Kepada Kerajaan Negeri Pahang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Akan Bangkitkan Isu Tanah Orang Asli Kepada Kerajaan Negeri Pahang​

5a1efa1ec98df2e6ea188fe33a7f92976a5a436a965be

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran bersama Kerajaan Negeri Pahang memandangkan ia di bawah bidang kuasa negeri.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau sempat berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli yang hadir di kediamannya, petang tadi.

“Saya mendengar permasalahan dihadapi mereka terkait pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung mereka.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak polis,” katanya dalam hantaran itu.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi isu berkenaan, sebaliknya memberi ruang kepada penyelesaiannya secara adil, berhemah dan mengikut lunas undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register