BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Komited Bantu Selesai Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Komited Bantu Selesai Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot​

24674e9a7b5fcc349105b54d0032dfa36a61cf6e25bf9


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu menyelesaikan pertikaian tanah membabitkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran, Pahang.

Setiausaha Politik kepada Anwar sebagai Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata perdana menteri akan mengangkat isu tersebut kepada perhatian Kerajaan Negeri Pahang bagi membolehkan penyelesaian dicapai segera secara adil, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata Anwar mengambil maklum isu tersebut susulan pertemuan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot bersama Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) di kediaman rasmi Perdana Menteri semalam, malah turut menghubungi wakil masyarakat itu bagi mendengar sendiri permasalahan dihadapi mereka.

“Perdana Menteri menegaskan perkara itu akan dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri Pahang memandangkan urusan pentadbiran dan pemilikan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada kerajaan negeri dalam urusan tanah. Namun begitu, beliau tidak pernah berdiam diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Kamil berkata dalam keghairahan segelintir pihak meraih keuntungan politik, fakta serta prinsip Perlembagaan tidak seharusnya diputarbelitkan sehingga mengelirukan rakyat kerana tindakan itu bukan sahaja tidak membantu masyarakat Orang Asli bahkan boleh melambatkan usaha mencari penyelesaian.

Sehubungan itu, beliau menyeru Kerajaan Negeri Pahang supaya segera melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasanya kerana hak serta kebajikan masyarakat Orang Asli tidak boleh terus terkesan akibat kelewatan membuat keputusan.

“Mereka berhak memperoleh penyelesaian yang adil, bermaruah dan tanpa penangguhan,” katanya.

Jumaat lepas, Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook menyatakan akan membincangkan isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran bersama Kerajaan Negeri Pahang memandangkan ia di bawah bidang kuasa negeri.

 
Back
Top
Log in Register