BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Malaysia: Perpaduan Asas Kekuatan, Masa Depan Negara - TPM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Hari Malaysia: Perpaduan Asas Kekuatan, Masa Depan Negara - TPM​

456fd90400a8a8a549cfedc006c3fb236aaa218f3ebea

37faa39ce2b73ad2326fb451f708de6b6aaa21c3b163a

Kredit: FB - Zahid Hamidi

Rakyat di negara ini perlu terus memperkukuh perpaduan sebagai asas kekuatan serta masa hadapan negara yang lebih makmur dan berdaya tahan.

Seruan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran berasingan dalam Facebook masing-masing bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini.

Ahmad Zahid berkata Hari Malaysia mengingatkan bahawa kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang.

"Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti Malaysia.

"Perjalanan Malaysia sejak 1963 terus mengajar kita bahawa kemajuan dan kesejahteraan hanya dapat dibina apabila kita bergerak bersama, saling menghormati dan menjaga keharmonian yang telah kita warisi," katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026.

Sementara itu, Fadillah berkata perpaduan bukan sekadar nilai yang diwarisi, sebaliknya asas yang menentukan kekuatan serta masa depan negara dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu.

“Kita boleh berbeza pandangan dan pilihan. Kita boleh mengkritik dan tidak bersetuju tetapi jangan sampai perbezaan menjadikan kita saling membenci dan melupakan bahawa kita semua ialah rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata semangat pembentukan Malaysia turut menuntut komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dihormati dan dilaksanakan, dengan Sabah dan Sarawak mempunyai tempat yang penting dalam sejarah serta masa depan Malaysia.

Usaha memperkukuh federalisme melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak mencerminkan bahawa Malaysia akan lebih kuat apabila setiap wilayah diberi ruang untuk berkembang, setiap negeri didengari dan hasil pembangunan dirasai secara lebih adil.

 
Back
Top
Log in Register