BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Malaysia: Jemaah Menteri Seru Rakyat Terus Pelihara Perpaduan, Kesejahteraan Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Hari Malaysia: Jemaah Menteri Seru Rakyat Terus Pelihara Perpaduan, Kesejahteraan Negara​

dc54a0d04ec0c6220d37d10547f3760366af65bacb220

SEMANGAT PERPADUAN ... Penduduk Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum, Jalan Macallum di sini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum berarak sekitar kawasan berkenaan bagi memasang Jalur Gemilang.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2026 hari ini, barisan Jemaah Menteri menyeru rakyat agar terus memelihara perpaduan, saling menghormati dan menghargai kepelbagaian sebagai asas kekuatan negara, selain memastikan kemajuan serta kesejahteraan dapat dinikmati bersama.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata sambutan Hari Malaysia mengingatkan rakyat bahawa negara ini dibina atas persefahaman, kebersamaan dan tekad untuk melangkah sebagai satu Malaysia.

“Cerita pembentukan Malaysia bukan milik satu negeri, satu wilayah atau satu kelompok. Ini cerita kita semua, dari Semenanjung, Sabah hingga Sarawak.

“Dalam semangat Segulai Sejalai, ayuh kita terus menghargai sejarah, memelihara perpaduan dan memastikan kemajuan serta kesejahteraan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keamanan serta keharmonian yang dinikmati hari ini lahir daripada pengorbanan generasi terdahulu dan usaha berterusan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata perbezaan kaum, agama, budaya dan latar belakang bukan penghalang, sebaliknya membentuk kekuatan serta identiti Malaysia

“Tanggungjawab kita hari ini adalah untuk terus menjaga apa yang telah dibina, saling menghormati dan memperkukuh perpaduan antara satu sama lain,” katanya, sambil mendoakan Malaysia terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera untuk semua.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata menjadi rakyat Malaysia bukan sekadar satu identiti, malah adalah amanah untuk rakyat bersama-sama menjaga keamanan, memelihara keharmonian dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Malaysia yang kuat tidak terbina dengan sendirinya. Ia lahir daripada rakyat yang bersatu, saling percaya dan teguh berdiri demi negara. Semoga kebersamaan yang kita bina terus menjadi kekuatan Malaysia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register