BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lee Lam Thye Kesal Kenyataan Pecah Belahkan Rakyat, Seru Pelihara Perpaduan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Lee Lam Thye Kesal Kenyataan Pecah Belahkan Rakyat, Seru Pelihara Perpaduan​

58736106adfff51bb318bb2b46f115fe6a19698349d2e

Tan Sri Lee Lam Thye

Tokoh Perpaduan Negara Tan Sri Lee Lam Thye kesal dengan kenyataan memecahkanbelahkan masyarakat oleh segelintir ahli politik baru-baru ini apabila mendakwa hanya satu kaum berhak kepada negara ini, manakala rakyat bukan Melayu mempunyai negara lain.

Lee yang juga Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat berkata kenyataan sedemikian bukan sahaja berbahaya dan tidak benar, malah secara langsung mengancam perpaduan sosial yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

"Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, negara ini ialah satu-satunya tanah air kita. Generasi masyarakat Cina, India, Sri Lanka, Indonesia, Melayu serta komuniti pribumi dari Sabah dan Sarawak telah dilahirkan, dibesarkan dan membina kehidupan mereka di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesetiaan dan masa depan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang etnik tetap teguh bersama-sama negara ini.

Lee berkata ancaman sebenar terhadap perpaduan negara bukanlah kepelbagaian itu sendiri, sebaliknya retorik politik tidak bertanggungjawab yang direka untuk mengeksploitasi perbezaan antara kaum demi kepentingan jangka pendek.

"Apabila pemimpin menggantikan fakta dengan slogan perkauman semasa kempen politik, mereka menimbulkan kecurigaan dan memecahbelahkan masyarakat. Kenyataan sedemikian menunjukkan kurangnya keprihatinan terhadap kerosakan berpanjangan yang boleh berlaku terhadap keharmonian sosial," katanya.

Sambil mengimbas wawasan Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Lee berkata kekuatan negara dibina berasaskan sikap saling menghormati, toleransi serta meraikan kepelbagaian budaya, bukannya keseragaman yang dipaksakan.

Beliau berkata orang ramai digesa menolak tokoh yang memecahbelahkan serta naratif toksik mereka ketika di peti undi, selain menuntut pemimpin supaya mengutamakan aspirasi bersama berbanding label perkauman.

"Kekuatan negara kita sentiasa terletak pada kepelbagaian. Janganlah kita membiarkan kata-kata melulu daripada segelintir pihak menjejaskan keamanan dan kemajuan yang telah kita bina bersama. Malaysia rumah kita bersama, marilah kita terus memeliharanya agar kekal bersatu padu," katanya.

 
Back
Top
Log in Register