kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,691
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,691
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PM Anwar Utus Surat Kepada Prabowo Bantu Selesaikan Isu Pelaburan Felda Di Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan yang diajukan pada Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengutus surat rasmi kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto bagi memohon perhatian khusus terhadap pelaburan FELDA di negara berkenaan, khususnya membabitkan isu syarikat PT Eagle High Plantations Tbk (EHP).
Beliau berkata langkah itu diambil berikutan potensi kerugian kewangan berskala besar bernilai RM2.5 bilion yang kini terpaksa ditanggung akibat keputusan pengurusan lepas yang pulangannya dijangka diperoleh kelak berkemungkinan hanya kira-kira RM200 juta.
“Pelaburan ini (EHP) yang tersangkut di mahkamah di Indonesia. Saya telah menulis surat kepada Presiden Prabowo Subianto meminta beliau melihat juga masalah ini. Kemudian kalau tidak ditangani, RM2.5 bilion ini yang mungkin yang kita peroleh nanti RM200 juta. Ini satu contoh," kata beliau.
Menurut laporan berita, wang tersebut masih belum dapat diperoleh semula oleh Felda memandangkan pulangan itu masih dicabar oleh pihak syarikat EHP di mahkamah di Indonesia.
Anwar berkata demikian pada Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus FELDA di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi FELDA Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Pengarah Besar Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman.
Anwar berkata pendedahan tentang angka krisis kewangan tersebut dibuat supaya seluruh barisan pengurusan FELDA pada peringkat akar umbi menyedari hakikat beratnya cabaran yang terpaksa ditanggung agensi itu untuk kembali pulih.
“Saya mahu pengurus tahu, dan betapa beratnya untuk pulih … bukan masalah pengurus. Pengurus FELDA di Pahang, di Johor, apa kena-mengena (dengan pelaburan ini)? Tetapi (masalah ini) ditanggung oleh kita, itu masalahnya, jadi (semua) harus tahu.
“Yang soal siasatan penguatkuasaan mahkamah, itu urusan lain. Tetapi saya mahu semua masalah ini, saya juga beritahu Suzana (Idayu Wati), (bahawa) saya mahu pengurus itu faham,” kata beliau.
