BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EDOLA 2026 Pacu Inovasi Digital, Perkasa Transformasi TVET

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

eDOLA 2026 Pacu Inovasi Digital, Perkasa Transformasi TVET​

ad6af044b41fd62ac96db4b62aa7c37b6aaa386549816

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim (tengah) ketika gimik Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Politeknik Dan Kolej Komuniti (Edola XIV) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkasakan landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi penganjuran Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Politeknik dan Kolej Komuniti (eDOLA) XIV Tahun 2026, yang melabuhkan tirai malam tadi.

Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata program berprestij edisi ke-14 itu membawa tema "Human Vision, Agentic Action" untuk mengetengahkan kesepaduan matlamat pendidikan berpaksikan nilai kemanusiaan dan keupayaan kecerdasan buatan (AI) moden.

"Inisiatif serta komitmen rakan strategik utama, Amazon Web Services (AWS) membuktikan kepercayaan pihak industri terhadap potensi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), malah menjadi pemangkin utama dalam memperkasakan ekosistem pendidikan berasaskan teknologi moden.

"Justeru, mengambil keberkatan dan semangat kerjasama itu saya ingin menyeru serta mengajak penglibatan lebih ramai rakan industri, khususnya rakan-rakan strategik seperti PGR GeoSolution, Penang Tech Center dan syarikat-syarikat teraju yang lain untuk terus berganding bahu bersama kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup majlis anugerah berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan POLYCC Dr Shamsuri Abdullah di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), di sini semalam.

Beliau berkata pendekatan strategik itu selaras dengan hala tuju kementerian yang meletakkan institusi POLYCC sebagai pelopor utama pendidikan TVET negara.

Aminuddin berkata ukuran sebenar inovasi pendidikan kini terletak pada sejauh mana ia membantu pelajar memahami subjek dengan lebih baik serta boleh dikongsi bersama pendidik lain.

Penganjuran tahun ini turut menyerlahkan kejayaan cemerlang para pelajar menerusi pertandingan POLYCC Agentic AI League yang menguji kebolehan generasi muda membina sistem pintar.

Beliau berkata kementerian menekankan bahawa teknologi tidak sesekali menentukan tujuan pendidikan kerana manusia kekal diperlukan untuk menetapkan nilai serta hasil akhir yang ingin dicapai.

 
Back
Top
Log in Register