BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Perkukuh Transformasi PBT, Digitalisasi Pacu Kecekapan Perkhidmatan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

KPKT Perkukuh Transformasi PBT, Digitalisasi Pacu Kecekapan Perkhidmatan​

dbd3c3c267f3d9c5f3aa8f9ec41226ce6aa4e566f24cd

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (DSHKPS) 2026 hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus memperkukuh transformasi pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi pendigitalan, penggunaan teknologi pintar dan penambahbaikan sistem penyampaian untuk memastikan perkhidmatan lebih cekap serta berimpak kepada rakyat.

Menterinya Nga Kor Ming berkata transformasi pendigitalan PBT telah mendorong peningkatan kutipan hasil di samping mengurangkan kos operasi.

“Transformasi pendigitalan perkhidmatan PBT telah menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil melebihi RM1.5 bilion dalam tempoh lima tahun, selain mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa rakyat," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu antara lain dilaksanakan menerusi konsep Bandar Tanpa Kaunter sejak 2023 dengan penggunaan platform seperti PBTPay, iTegur atau PBTCare, ePBT dan OSC 3.0 Plus.

Nga berkata penggunaan teknologi seperti sistem lampu isyarat pintar, tong sampah pintar dan Pusat Kawalan Bersepadu turut membantu PBT meningkatkan kecekapan pengurusan bandar, keselamatan serta keupayaan bertindak balas terhadap keperluan masyarakat.

Beliau berkata dari aspek kelulusan pembangunan pula, pelaksanaan OSC 3.0 Plus Online termasuk mekanisme laluan hijau industri (IGL), prasyarat, pematuhan kendiri, E10 Kulim dan Kulai Fast Lane telah membantu mempercepat proses kelulusan berdasarkan tahap kompleksiti sesuatu pembangunan.

"Sehingga Julai 2026, lebih 130 permohonan telah melalui mekanisme ini dan pematuhan piagam pelanggan meningkat daripada 65 peratus pada 2025 kepada 95 peratus setakat Ogos 2026," katanya.

Beliau berkata KPKT juga sedang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dalam OSC 3.0 Plus Online bagi membantu semakan awal, mengenal pasti dokumen tidak lengkap serta memadankan permohonan mengikut kategori dan tahap kompleksiti.

Katanya langkah itu bertujuan menjadikan proses birokrasi lebih pintar dan mengurangkan proses yang tidak lagi diperlukan.

 
Back
Top
Log in Register