BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Laksana Reformasi CCC Perkukuh Pembandaran Mampan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

KPKT Laksana Reformasi CCC Perkukuh Pembandaran Mampan​

a574f58e5da800e6ada6812152d3a5926a37815c418f1

8f08215c2f8a5a32e190ee6d2be32c016a378172d4819

Kredit: FB - KPKT Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap rangka kerja Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta ekosistem kelulusan dan pensijilan pembangunan.

Semakan itu, antara lain bertujuan menyokong pembandaran mampan dan memastikan rangka kerja kawal selia kekal responsif.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata KPKT akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menilai secara holistik rangka kerja CCC yang mula diperkenalkan pada 2007 sebagai sebahagian daripada pembaharuan sistem kawalan bangunan.

“Semakan ini akan menumpukan kepada pengurangan kerenah birokrasi, meningkatkan kecekapan melalui integrasi digital, menutup kelompangan kawal selia serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan sambil menjaga kepentingan awam,” katanya dalam ucapan pada Majlis Anugerah Presiden PAM 2026 dan Makan Malam Tahunan ke-102, malam tadi.

Beliau berkata reformasi itu bertujuan mewujudkan rangka kerja kawal selia yang lebih telus, cekap dan mesra perniagaan, yang menyokong pembangunan berkualiti tinggi serta memudahkan pembentukan bandar yang lebih mampan.

Nga berkata sehingga kini Malaysia mempunyai lebih 500 juta kaki persegi bangunan indeks hijau, satu lagi bukti kerjasama awam-swasta dalam mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Beliau berkata Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) akan dipelawa untuk turut serta dalam proses semakan bagi memastikan kepakaran industri dan pandangan profesional turut terkandung dalam cadangan reformasi berkenaan.

Kementerian juga sedang meneliti keputusan yang membenarkan arkitek bertauliah mengemukakan permohonan perintah pembangunan bagi mengurangkan kerenah birokrasi, menjimatkan kos dan mempercepat proses.

Terdahulu, Nga menerima Anugerah Presiden PAM sebagai mengiktiraf usaha beliau memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan profesion seni bina.

 
Back
Top
Log in Register