BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Peruntuk RM128.2 Juta Laksana 12 Pembangunan Di Melaka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPKT Peruntuk RM128.2 Juta Laksana 12 Pembangunan Di Melaka​

3f1e384b7837c750988de299cdefc2936aa8e8d1320a7

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (depan, kiri) semasa hadir pada Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 Melaka di Rumah Malaysia Pangsapuri Sri Siantan, Bukit Baru hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM128.2 juta bagi melaksanakan 12 skop pembangunan prasarana untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Melaka.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata senyuman kegembiraan merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kementeriannya selari dengan hasrat kerajaan MADANI yang prihatin dengan kehidupan rakyat.

“Sebab itu kita akan sentiasa merancakkan lagi usaha turun padang, menyelami perasaan dan mendengar suara mereka serta mencari jalan bagaimana untuk selesaikan (masalah yang timbul).

“Saya nampak muka-muka gembira dengan cat baharu (di Pangsapuri Sri Siantan) ini yang tidak pernah berlaku (dicat baharu sejak) 30 tahun itu, saya pun berasa bersyukur kerana kita dapat membantu… yang penting kita fokus untuk membina negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Kasih KPKT 2026 di Pangsapuri Sri Siantan, Bukit Baru di sini hari ini.

Sebanyak 12 skop pembangunan merangkumi 24 projek tersebut membabitkan RM32.8 juta bagi pembinaan sel tambahan tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Udang oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), RM29.6 juta bagi pembinaan 390 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Selain itu, sebanyak RM24.9 juta bagi Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) merangkumi pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral, Pasar Baru Jasin, gerai MADANI, medan selera, penyelenggaraan tandas awam serta pembaikan cerun.

Sebanyak RM10 juta bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Program Pembangunan Residensi PR1MA Fasa 1 Padang Temu, RM8.5 juta di bawah Bahagian Perancangan Perumahan bagi projek Residensi Rakyat (PRR) di Klebang, Bukit Katil dan Paya Rumput.

Skop pembangunan membabitkan peruntukan RM5.8 juta adalah kerja penyelenggaraan dan baik pulih 17 projek Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) serta 11 projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), RM5.4 juta di bawah inisiatif dana penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) untuk 35 operator RIBI seluruh Melaka.

 
Back
Top
Log in Register