BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM328 Juta Untuk Laksana 24 Projek Pembangunan Kesihatan Di Negeri Sembilan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RM328 Juta Untuk Laksana 24 Projek Pembangunan Kesihatan Di Negeri Sembilan​

73ede77fe72872de471cc8256e91ec876a6c4b948a121

Kredit: Fb Dr Dzulkefly Ahmad

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited memperkukuh sektor kesihatan di Negeri Sembilan menerusi pelaksanaan 24 projek pembangunan serta kerja naik taraf kemudahan kesihatan bagi meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti.

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM328 juta bagi melaksanakan projek berkenaan,  selain menyalurkan RM26.6 juta menerusi inisiatif Bitara MADANI bagi membaik pulih 88 klinik dan fasiliti kesihatan yang daif.

"Segala hasil kemakmuran ekonomi ini tidak disimpan begitu sahaja, sebaliknya dikembalikan kepada rakyat, khususnya dalam menaik taraf kemudahan kesihatan negeri.

"Ini adalah bukti kerja nyata sebuah pentadbiran yang telus dan benar-benar peduli akan kebajikan rakyat, bukannya sekadar menabur janji manis waktu pilihan raya. Ayuh kita pastikan kelangsungan kecemerlangan ini diteruskan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan itu turut didorong pengurusan ekonomi serta kewangan negeri yang cekap di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata nilai pelaburan di Negeri Sembilan melonjak 6.6 kali ganda hingga mencecah RM19 bilion.

"Kecekapan urus tadbir kewangan di bawah pimpinan Menteri Besar turut melonjakkan lebihan pendapatan (surplus) negeri sebanyak 1,450 kali ganda kepada RM203 juta berbanding pentadbiran sebelum ini," katanya.

Beliau berkata pencapaian berkenaan perlu diteruskan bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat di Negeri Sembilan dapat diperkasakan secara berterusan.

Sebanyak 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), esok.

 
sembang nak juta2 je..hasil takde
 
Back
Top
Log in Register