combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,124
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,124
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pendaftaran NICE 2026 Dibuka, Pacu Pengkomersialan Inovasi Ke Pasaran Global
Orang ramai, penyelidik dan penggiat industri dipelawa untuk menyertai Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Ogos.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan memaklumkan NICE 2026 akan dianjurkan bersama Pemecut Penyelidikan Malaysia untuk Teknologi dan Inovasi (MRANTI).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang berkata NICE 2026 menyokong usaha kerajaan memastikan keupayaan negara dalam bidang sains, teknologi dan inovasi diterjemahkan kepada hasil ekonomi dan sosial yang boleh diukur.
“Malaysia mempunyai bakat, teknologi dan inovasi untuk bersaing di peringkat global serta keutamaan kami adalah untuk memastikan lebih banyak penyelidikan dan inovasi tempatan mampu berkembang melangkaui Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurut MOSTI, NICE 2026 meneruskan legasi Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang telah menyokong pengkomersialan 761 inovasi, menjana lebih RM1.14 bilion pendapatan komersial serta memperkukuh hubungan antara inovator, industri, pelabur dan pasaran.
Loading…
www.bernama.com