combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,129
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,129
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
i-CAM 2026 Perkukuh Inovasi Agribisnes Demi Keterjaminan Makanan Global
International Conference on Agribusiness Marketing (i-CAM) 2026 menjadi platform perkongsian ilmu, penyelidikan serta inovasi dalam bidang pemasaran dan pembangunan agribisnes khususnya dalam menghadapi cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks di peringkat global.
i-CAM yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan i-CAM 2026 yang mengetengahkan tema Transforming Agribusiness in Addressing Food Insecurity: A Global Approach dan menyasarkan penyertaan seramai 300 individu.
“Penganjuran persidangan ini turut selari dengan tema MAHA 2026, “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, yang menekankan usaha meningkatkan nilai komersial produk agromakanan, memperluas akses pasaran serta memperkukuh ekosistem pemasaran agromakanan yang mampan dan berdaya saing,” menurut FAMA dalam kenyataan hari ini.
FAMA memaklumkan sepanjang i-CAM 2026, sebanyak tujuh kertas kajian dan perkongsian inovasi pertanian diketengahkan dengan penglibatan pembentang daripada institusi penyelidikan dan akademik dalam serta luar negara.
“Penglibatan pelbagai institusi ini mencerminkan kepentingan kerjasama rentas negara dalam mencari pendekatan baharu bagi memperkukuh sistem agribisnes dan keterjaminan makanan.
“Hari kedua persidangan pula memberi ruang kepada penglibatan usahawan bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam membangunkan perniagaan agromakanan. Antara fokus perkongsian termasuk pensijilan Malaysia’s Best, pelaksanaan rantaian bekalan agromakanan, pembangunan jenama tempatan serta peningkatan kualiti produk,” menurut kenyataan itu.
Selain pembentangan akademik dan perkongsian industri, i-CAM 2026 turut menampilkan sesi audio siar pada hari kedua melibatkan panel daripada sektor industri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
“Pendekatan ini memberi ruang kepada perbincangan yang lebih interaktif dalam mengetengahkan perspektif industri, kerajaan dan pemain sektor agromakanan.