BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Road To MAHA Labuan 2026 Perkukuh Keterjaminan Makanan - Perbadanan Labuan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Road To MAHA Labuan 2026 Perkukuh Keterjaminan Makanan - Perbadanan Labuan​

f8f810df369025303a3637382ebc8f366a5d9c17b8acc


Acara Road to MAHA Labuan 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan bakal menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh keterjaminan makanan, merancakkan pertumbuhan ekonomi agromakanan serta memacu pembangunan pertanian mampan di pulau bebas cukai itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata acara selama empat hari bermula 23 hingga 26 Julai itu bukan sekadar karnival makanan atau pameran pertanian, sebaliknya merupakan sebahagian daripada agenda transformasi ekonomi yang lebih menyeluruh bagi Labuan.

"Labuan berbesar hati dipilih sebagai antara lokasi promosi menjelang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS Serdang pada Ogos ini.

"Program ini bertujuan memperkukuh keterjaminan makanan, memperkasa usahawan tani tempatan, mewujudkan peluang ekonomi baharu serta memperkenalkan teknologi dan inovasi dalam sektor agromakanan," katanya kepada Bernama hari ini.

Rithuan berkata program itu juga dijangka mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada petani, penternak, nelayan, usahawan makanan dan perusahaan kecil menerusi akses pasaran yang lebih luas.

Beliau berkata produk tempatan bukan sahaja perlu dipasarkan di Labuan, malah diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebelum menembusi pasaran antarabangsa.

Road to MAHA Labuan 2026 dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan.

Program itu turut dijangka menarik kehadiran pengunjung dari Sabah, Sarawak dan negara jiran, Brunei, sekali gus memperkukuh kedudukan Labuan sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai potensi besar dalam sektor agromakanan.

Dalam pada itu, Rithuan berkata Perbadanan Labuan menyasarkan peningkatan kapasiti pengeluaran agromakanan tempatan melebihi 10 peratus sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan luar, sekali gus membina ekosistem makanan yang lebih berdaya tahan.

 
Back
Top
Log in Register