BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Labuan Perlu Amalkan Pertanian Rumah Hijau, Kukuhkan Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Labuan Perlu Amalkan Pertanian Rumah Hijau, Kukuhkan Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu​

dc303195c79b1fe2be9a2891a82b03d96a64876bafe3a

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) bercakap pada sidang media Majlis Perasmian Program Road To MAHA, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia, di sini hari ini.

Labuan perlu memperluas pertanian rumah hijau dan aktiviti pertanian moden untuk mengurangkan kebergantungannya terhadap bekalan makanan dari Sabah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata kira-kira 90 peratus daripada keperluan makanan pulau bebas cukai itu ketika ini diperoleh dari Sabah, manakala pengeluaran tempatan hanya menyumbang sebanyak 10 peratus.

“Keterjaminan makanan mesti dijadikan keutamaan utama bagi pulau ini...kita tidak boleh terus bergantung hampir sepenuhnya pada bekalan makanan dari luar Labuan.

“Kita tidak boleh membiarkan berulangnya situasi yang barangan keperluan seperti telur dan minyak masak menjadi sukar didapati dan terpaksa diterbangkan menggunakan pesawat tentera,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program  Road to MAHA Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di sini, hari ini.

Mohamad berkata keterjaminan makanan mesti diletakkan pada kedudukan yang tinggi dalam agenda nasional di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan dalam ekonomi global, yang boleh mengganggu rantaian bekalan serta menjejaskan ketersediaan makanan.

Beliau berkata pakar dari agensi kementeriannya seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) boleh membantu dalam menambah baik keadaan tanah di kawasan yang sesuai di Labuan, bagi membolehkan lebih banyak tanah diusahakan.

“Pertanian rumah hijau memberi peluang untuk mengatasi kekangan yang melibatkan isu keluasan dan keadaan tanah.

“Dengan teknologi dan bantuan teknikal yang sesuai, Labuan dapat meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan kebergantungannya pada bekalan dari luar pulau ini,” katanya.

Mohamad turut menggalakkan usahawan tani tempatan untuk menceburi bidang agropelancongan, yang mampu menjana pendapatan tambahan sambil mengukuhkan sektor pertanian dan pelancongan Labuan.

 
Back
Top
Log in Register