BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akta Keterjaminan Makanan Dijangka Dibentang Tahun Hadapan - Mohamad Sabu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Akta Keterjaminan Makanan Dijangka Dibentang Tahun Hadapan - Mohamad Sabu​

a0a1d6bf3a256834dd7438d7c5b686f36a365b8013d87

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu

Akta Keterjaminan Makanan Negara dijangka dibentangkan di Parlimen tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata penggubalan akta berkenaan yang antara lain bertujuan memastikan kestabilan bekalan makanan negara kini sedang diperincikan sebelum dapat dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Akta Keterjaminan Makanan kita sedang gubal sekarang dan ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, dan kita sedang bincang insya-Allah tahun depan akan dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Road To MAHA 2026 Zon Tengah, di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata perkara itu perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin susulan ancaman fenomena El Nino dan perubahan iklim yang berisiko mengancam sektor pengeluaran makanan tempatan.

Beliau berkata akta itu berupaya memastikan negara mempunyai sistem amaran awal, pelan kesiapsiagaan automatik serta mekanisme penyaluran bantuan, yang lebih berkesan kepada sektor pengeluaran makanan.

 
pergi lah bantu petani.. akta lah ape lah
 
Back
Top
Log in Register