combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pindaan Akta Perkhidmatan Pos Dijangka Dibentang Tahun Depan - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia Firdaus Fadzil (tiga, kanan) pada Tiktok Shop Summit Malaysia 2026 hari ini.
Turut sama (dari kiri) Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kementerian Komunikasi akan membentangkan pindaan Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri kurier, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pindaan akta itu dijangka dibuat pada mesyuarat pertama atau selewat-lewatnya mesyuarat kedua persidangan Parlimen tahun depan.
“Sejak tahun lepas sesi libat urus dengan syarikat-syarikat kurier telah diadakan, dan memang kita minta kerjasama syarikat-syarikat kurier ini membantu memastikan sebarang produk yang dihantar tidak mempunyai isu keselamatan atau isu undang-undang.
“Pada masa sama, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi sedang meneliti Akta Perkhidmatan Pos untuk membuat beberapa pindaan, antara lain untuk pastikan sektor kurier terkandung dalam akta termasuk untuk menjamin aspek keselamatan seperti yang diminta oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri TikTok Shop Summit Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini.
PDRM sebelum ini memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MCMC serta Kementerian Pengangkutan bagi memperketat prosedur melibatkan perkhidmatan kurier, penghantaran barangan dan p-hailing (p-panggilan).
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Hussein Omar Khan berkata terdapat kelemahan dalam ekosistem perkhidmatan kurier dan p-panggilan yang dieksploitasi sindiket jenayah untuk menghantar bahan terlarang.