BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pindaan Akta Pendaftaran Jurutera Dijangka Dibentangkan Pada Sesi Parlimen Akan Datang - Nanta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pindaan Akta Pendaftaran Jurutera Dijangka Dibentangkan Pada Sesi Parlimen Akan Datang - Nanta​

20985f14dc23cf6673b8b81cb30119bc6a83de56de06e

4cf17780cf62c94ec9fbd2ec4ff695ee6a83de6cec442

3715dc7e06aa1d864d8be6c5f4dd57076a83de7c4c5f5

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan sidang media selepas Pelancaran Konvensyen Kejuruteraan Kebangsaan (NEC) 2026 hari ini.

Konvensyen yang diadakan selama empat hari bermula semalam, menghimpunkan lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada komuniti profesion kejuruteraan pelbagai bidang termasuk jurutera profesional, jurutera siswazah, jurutera teknologis, ahli akademik, penggubal dasar, pemain industri, pelajar serta wakil badan profesional dari dalam dan luar negara.

Bertemakan Kejuruteraan Berintegriti dalam Era Digital, NEC 2026 menekankan kepentingan mengimbangi kemajuan teknologi dengan nilai integriti, etika profesional dan akauntabiliti dalam amalan kejuruteraan.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Cadangan pindaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 kini pada peringkat akhir dan dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pindaan itu bertujuan memperkukuh serta menambah baik peruntukan sedia ada bagi memastikan profesion kejuruteraan negara dapat diperkasakan dengan lebih baik.

“Pelbagai cadangan dan libat urus dilakukan selain terdapat isu-isu yang dianggap sebagai penting, kita masukkan dalam cadangan pindaan itu. Kita menggunakan peluang ini untuk perbaiki lagi kandungan akta tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kejuruteraan Kebangsaan (NEC) 2026 di sini hari ini, yang turut dihadiri Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) Datuk Ibrahim Esa.

“Cadangan pindaan itu dalam proses mendapatkan kelulusan yang diperlukan, termasuk pertimbangan oleh jabatan berkaitan. Ini bukanlah soal mewujudkan peraturan semata-mata.

“Ia mengenai keselamatan awam, akauntabiliti profesional serta memastikan kerja kejuruteraan dilaksanakan oleh individu yang mempunyai kelayakan sewajarnya untuk memikul tanggungjawab berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata kerajaan memberikan penekanan terhadap sektor itu bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi, khususnya bagi memenuhi keperluan industri pembinaan negara.

Nanta berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut menyediakan program TVET melalui Akademi Binaan Malaysia, selain pelbagai program yang dilaksanakan kementerian lain, termasuk Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Malaysia akan menghantar kontinjen untuk menyertai WorldSkills Competition di Shanghai, China, pada September depan, yang akan diketuai Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

 
Back
Top
Log in Register