BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RXZ Members: Pendaftaran Peserta Lebih Komprehensif Pada Edisi Akan Datang - JPJ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RXZ Members: Pendaftaran Peserta Lebih Komprehensif Pada Edisi Akan Datang - JPJ​

00a1f103838d6787b62dfe6be7de8bbf6a7db22737fb3

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli

Sistem pendaftaran peserta RXZ Members yang sebelum ini lebih tertumpu kepada urusan pentadbiran seperti pengagihan barangan, kemeja-T dan penyertaan cabutan bertuah akan diperluas bagi merangkumi maklumat berkaitan peserta dan kenderaan, pada edisi akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya mencadangkan proses pendaftaran dibuat lebih ketat dengan peserta mengemukakan maklumat yang diperlukan seperti lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan dalam sesi libat urus JPJ bersama penganjur semalam, sebagai antara langkah menambah baik aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang dalam penganjuran program berkenaan.

"Sesi libat urus semalam dilaksanakan oleh Bahagian Penguat Kuasa JPJ. Kita bagi pandangan, nasihat dan mencadangkan beberapa perkara, antaranya seperti proses pendaftaran perlu dibuat dengan lebih teliti, dengan peserta diminta untuk membuat pendaftaran, memberikan maklumat yang diperlukan seperti lesen memandu, LKM dan sebagainya.

"Ini penting untuk kita agar pihak penganjur juga boleh bertanggungjawab terhadap peserta program akan datang," katanya dalam sidang media selepas program libat urus media bersama pengurusan tertinggi JPJ di sini hari ini.

Aedy berkata penganjur tidak membantah cadangan berkenaan, malah bersetuju untuk melaksanakannya selain sudah mengambil beberapa tindakan bagi memastikan peserta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat segelintir peserta yang gagal mematuhi peraturan sehingga mencalarkan imej program berkenaan, walaupun penganjur sebelum ini sudah bertemu JPJ dan polis di Terengganu bagi mendapatkan nasihat berkaitan pematuhan undang-undang.

Beliau berkata keadaan itu mendorong JPJ mencadangkan pendekatan baharu menerusi proses pendaftaran yang lebih menyeluruh bagi memastikan maklumat yang dikumpulkan tidak terhad kepada urusan pentadbiran semata-mata.

Aedy berkata JPJ sebelum ini sudah memberi peringatan bahawa pihaknya tidak akan menyokong program berkenaan sekiranya isu serius, khususnya kemalangan maut terus berlaku.

 
Back
Top
Log in Register