BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Tingkat Penguatkuasaan, Anjur Libat Urus Dengan RXZ Members

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

JPJ Tingkat Penguatkuasaan, Anjur Libat Urus Dengan RXZ Members​

ed9abe7dd057fbfb2c0b6d16c0cb1b816a6eede7bc5ab

fb6de49409bcaf483694f94b726325b16a6eee03eb302

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (tiga, kiri) menyampaikan replika cek Program Sekolah Angkat MADANI bernilai RM100,000 pada Majlis Pelancaran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap peserta program himpunan motosikal termasuk RXZ Members dan mengadakan sesi libat urus dengan penganjur susulan kemalangan yang sering dikaitkan dengan penganjuran acara itu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya tidak menghalang penganjuran program permotoran, namun semua peserta diwajibkan mematuhi undang-undang jalan raya dan peraturan teknikal kenderaan.

Beliau berkata JPJ telah memberikan nasihat kepada penganjur serta peserta supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan mematuhi semua peraturan sepanjang perjalanan ke lokasi serta semasa acara berlangsung.

“Kita tidak menghalang asalkan patuh peraturan. Jika tidak, kita akan mengambil tindakan tanpa kompromi terutama terhadap kesalahan ubah suai kenderaan dan pelanggaran undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata siasatan kemalangan membabitkan peserta program itu di bawah tanggungjawab polis manakala JPJ akan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi mengelakkan pertindihan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peserta yang membahayakan pengguna jalan raya lain dan menegaskan kepentingan orang awam sentiasa menjadi keutamaan jabatan.

Beliau berkata pihaknya turut mengambil maklum rungutan orang ramai mengenai kesesakan lalu lintas dan tindakan segelintir peserta yang menunggang secara melulu sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Sementara itu, mengenai gangguan dan isu berkaitan aplikasi MyJPJ, Aedy Fadly berkata aplikasi tersebut kini mempunyai hampir 15 juta pengguna berdaftar dan menjadi antara aplikasi kerajaan paling banyak digunakan.

Beliau berkata JPJ sentiasa melaksanakan penambahbaikan bagi mengatasi perkara itu dan beberapa ciri baharu serta teknologi terkini akan diperkenalkan dalam aplikasi MyJPJ pada September.

 

Rxz Members Kadang-Kadang Boleh Jadi Haram | Prof Dr Izhar Ariff​

Dalam video kali ini, Al Fadhil Dato Ustaz Izhar Ariff membawakan sebuah ceramah yang penuh pengisian yang bermanfaat buat isian rohani. Jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu dan menguatkan keimanan anda.

 
Back
Top
Log in Register