BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Kematian Akibat Kemalangan Direkod Sepanjang Program RXZ Members 8.0

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Lima Kematian Akibat Kemalangan Direkod Sepanjang Program RXZ Members 8.0​

e0fb63fdd130d8ad0e880c96790f79106a7029ca91c69

562616e5a0c598668bb10f19c0f490086a7029ab68264

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin (tengah) pada sidang media mengenai status keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang himpunan RXZ Members 8.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Sebanyak lima kes kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang penganjuran RXZ Members 8.0 yang berlangsung di sini pada Jumaat dan Sabtu lepas, berbanding dua kes pada penganjuran tahun lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata lima kematian terbabit berlaku di Kemaman dan Dungun, melibatkan empat mangsa lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 48 tahun.

"Terdapat peningkatan kes kemalangan yang agak ketara pada penganjuran RXZ Members 8.0 berbanding RXZ Members 7.0. Dua kes kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, manakala tiga lagi di Lebuhraya Pantai Timur 2.

“Selain itu, sebanyak 29 kes kemalangan direkodkan pada tahun ini melibatkan peserta program tersebut sepanjang penganjurannya, berbanding 11 kes pada tahun lepas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata polis turut menahan enam individu, iaitu empat lelaki tempatan, seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita tempatan kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta kesemua mereka akan dituduh dalam masa terdekat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata polis turut mengeluarkan 1,850 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 222 motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan yang diambil itu, katanya, menolak dakwaan bahawa polis memberikan layanan istimewa kepada penganjur RXZ Members yang menghimpunkan sebanyak 160,000 peserta dari seluruh negara.

"Tindakan sitaan diambil terhadap motosikal yang menggunakan ekzos serta nombor pendaftaran tidak mematuhi spesifikasi. Walaupun kita tidak melaksanakan sekatan jalan raya, aktiviti penguatkuasaan tetap dilaksanakan mengikut kaedah tersendiri.

"Sekiranya ada layanan istimewa, sudah tentu tiada saman dikeluarkan dan tiada tindakan sitaan dibuat. Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pihak kami melindungi atau memberikan layanan istimewa untuk program ini," katanya.

 
Ulang skrip yg same...
Utk mat motor... rxz membe...
Konvoi, berlumbe, rem2 moto, cabutan bertuah...
utk mat kete... retro havoc...
Pameran kete, rem2 kete, org bersorak...
Jln jem...
Trafik tggu tangkap, sita... 🤣
 
Back
Top
Log in Register