BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balu Mangsa Kemalangan Maut RXZ Member 8.0 Layak Terima Faedah Sepanjang Hayat - PERKESO

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Balu Mangsa Kemalangan Maut RXZ Member 8.0 Layak Terima Faedah Sepanjang Hayat - PERKESO​

93a17c2275c10b8436dfe9e5a834310c6a4750ab457b2


Waris kepada tiga peserta RXZ Member 8.0 yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 31 Julai dan 1 Ogos lepas layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) manakala seorang lagi peserta yang cedera turut dilindungi menerusi skim perlindungan berkenaan.

PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan Skuad PERKESO Prihatin mendapati keempat-empat peserta berusia antara 20 hingga 47 tahun itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Kes pertama melibatkan Mohd Fauzi Othman, 44, yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Terengganu pada 31 Julai.

“Menerusi caruman dibuat sepanjang arwah bekerja, waris Allahyarham, iaitu balu dan lima anaknya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan,” menurut kenyataan itu.

PERKESO memaklumkan waris akan menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar dan Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,794.58 sebulan mengikut syer masing-masing.

Pencen berkenaan akan dibayar kepada balu sepanjang hayat manakala anak-anak layak menerimanya sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian peringkat ijazah pertama.

Bagi waris Zulkanain Mat Said, 39, yang maut dalam kemalangan di Gambang pada 31 Julai, mereka turut layak menerima FPM sebanyak RM3,000 serta Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,840.13 sebulan mengikut syer masing-masing.

Sementara itu, waris Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 258.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Terengganu pada 1 Ogos pula layak menerima FPM dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.

“Sebagai pencarum aktif LINDUNG 24 Jam di bawah Akta 4, waris beliau layak menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar serta pencen bulanan menerusi FOT.

 
Back
Top
Log in Register