BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Terima Faedah Skim Lindung 24 Jam, Skim Keilatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Terima Faedah Skim Lindung 24 Jam, Skim Keilatan​

93a17c2275c10b8436dfe9e5a834310c6a4750ab457b2


Empat daripada mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Karak Lama, Bentong, pada 25 Julai lepas layak menerima pelbagai faedah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa yang layak ialah V. Mugilan, A. Kanabati Raja, K. Alaganathan dan M. Parathanman.

Menurut PERKESO, empat mangsa terbabit yang merupakan pencarum aktif layak menerima faedah menerusi Skim LINDUNG 24 Jam dan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).  Waris setiap mangsa turut layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar.

“Selain itu, waris mendiang Mugilan layak menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan berjumlah RM562.50 mengikut syer masing-masing, dengan isteri menerima bayaran untuk sepanjang hayat dan anaknya berusia dua tahun akan menerima faedah berkenaan hingga berusia 21 tahun atau tamat ijazah pertama.

“Mendiang Alaganathan juga layak menerima manfaat sama berjumlah RM564.36, yang akan dibayar kepada ibu bapa sepanjang hayat dan adik beradiknya akan menerima manfaat sama hingga berumur 21 tahun,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, waris keluarga mendiang Kanabati Raja dan Parathanman disahkan layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.

Menurut PERKESO, keputusan mereka yang memilih untuk dilindungi di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam ternyata memberi sinar kelegaan apabila waris kini tidak terbeban bersendirian.

“Ibu bapa mendiang Kanabati Raja akan menerima faedah itu sepanjang hayat, manakala sekiranya adik- beradik mendiang belum berumur 21 tahun, mereka juga layak menerima faedah berkenaan berjumlah RM1,647.

“Begitu juga dengan waris mendiang Parathanman yang layak menerima faedah itu; ibu bapa dan adik beradiknya akan menerima FOT bulanan sebanyak RM891,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register