BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim LINDUNG 24 Jam Jamin Pekerja, Keluarga Tidak Hilang Pendapatan Akibat Kemalangan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Skim LINDUNG 24 Jam Jamin Pekerja, Keluarga Tidak Hilang Pendapatan Akibat Kemalangan​

e2b632ca3fd310acc8d4d8c9fb9d3464692dbccc02bde

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau Lindung 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberikan jaminan bahawa pekerja dan keluarga mereka tidak hilang sumber pendapatan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.

Timbalan Ketua Eksekutif Strategi dan Korporat PERKESO Edmund Cheong Peck Huang berkata skim itu diwujudkan sebagai perlindungan kepada ribuan pekerja yang tidak layak menerima faedah di bawah skim bencana kerja sedia ada.

“Pada 2024, daripada lebih 80,000 kes kemalangan dilaporkan kepada PERKESO, lebih 20,000 kes ditolak kerana tidak memenuhi definisi bencana kerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4].

“Hal ini menunjukkan terdapat golongan pekerja yang tercicir daripada perlindungan keselamatan sosial apabila ditimpa musibah,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Cheong berkata menerusi skim itu, pekerja yang mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti harian seperti bersukan, berjoging, berkelah atau membawa keluarga keluar bersiar-siar turut layak menerima perlindungan.

Beliau memberikan contoh sekiranya seorang pekerja muda berpendapatan RM1,700 meninggal dunia akibat kemalangan, keluarga dan anak-anaknya boleh menerima faedah orang tanggungan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh kelayakan.

Cheong berkata Lindung 24 Jam ialah evolusi daripada skim bencana kerja PERKESO yang diperkenalkan pada 1971, yang ketika itu hanya melindungi kemalangan yang berlaku di tempat kerja atau ketika menggunakan pengangkutan yang disediakan majikan.

Katanya, undang-undang itu ditambah baik pada awal 1990-an menerusi Seksyen 24 bagi melindungi kemalangan semasa perjalanan berulang-alik antara rumah dengan tempat kerja.

“Bagaimanapun, landskap pekerjaan telah berubah dengan ketara selepas pandemik COVID-19 susulan pelaksanaan aturan kerja fleksibel serta peningkatan bilangan pekerja yang bekerja secara mobil dan tanpa sempadan yang jelas antara rumah dengan tempat kerja.

 
Back
Top
Log in Register