BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Pilih Tidak Mencarum LINDUNG 24 Jam Perlu Isi Perakuan Pelepasan Liabiliti

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pekerja Pilih Tidak Mencarum LINDUNG 24 Jam Perlu Isi Perakuan Pelepasan Liabiliti​

fbd1f98db7f0c78c4be58d3c9da3cd616a50a2b9258d9

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Mohammed Azman Aziz Mohammed pada sidang media mengenai perkembangan dan inisiatif semasa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini.

Pekerja tempatan yang memilih untuk tidak mencarum dalam Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) perlu mengisi borang perakuan pelepasan liabiliti yang boleh dimuat turun secara dalam talian mulai Isnin ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pekerja berkenaan juga perlu memaklumkan keputusan itu kepada bahagian sumber manusia majikan masing-masing kerana caruman skim berkenaan dibayar oleh majikan.

Beliau berkata pekerja yang melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti itu akan dikecualikan daripada mencarum bagi bulan Julai.

"Perakuan itu penting bagi mengelakkan PERKESO atau majikan dipersalahkan pada masa hadapan selepas seseorang pekerja memilih untuk tidak mencarum.

"Jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian di luar waktu dan tempat kerja, majikan serta PERKESO tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti atau pembayaran faedah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata pekerja yang memilih untuk tidak mencarum masih boleh menyertai semula skim berkenaan pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, beliau menggalakkan pekerja meneruskan caruman pada kadar rendah iaitu 0.75 peratus bagi memastikan mereka serta keluarga mendapat perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu dan tempat kerja.

“Skim ini menyediakan gantian pendapatan sekiranya pencarum mengalami hilang upaya sementara atau kekal, selain bayaran faedah kepada orang tanggungan sekiranya berlaku kematian.

“Mengenai caruman yang telah dibayar sejak skim diperkenalkan pada 1 Jun lepas, pelaksanaan bagi tempoh itu dibuat mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) manakala pilihan untuk tidak mencarum hanya terpakai mulai Julai,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register