BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LINDUNG 24 Jam Sukarela Bagi Pekerja Tempatan, Kekal Mandatori Untuk Pekerja Asing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

LINDUNG 24 Jam Sukarela Bagi Pekerja Tempatan, Kekal Mandatori Untuk Pekerja Asing​

3c05ea1d37932938b72269bedd54716d6a48a30245f5e

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan

Kerajaan memutuskan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi diwajibkan kepada pekerja tempatan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata bagaimanapun, caruman Skim LINDUNG 24 Jam kekal mandatori bagi pekerja asing dan akan terus dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata keputusan itu dibuat Jemaah Menteri selepas meneliti pandangan rakyat berhubung pelaksanaan skim berkenaan.

“Pekerja tempatan kini boleh memilih sama ada ingin mencarum di bawah Skim LINDUNG 24 Jam mengikut keperluan dan pertimbangan masing-masing.

"Mekanisme pelaksanaan serta proses penyertaan secara sukarela bagi pekerja tempatan akan diumumkan oleh PERKESO dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan berkata walaupun pelaksanaan skim itu kini bersifat sukarela bagi pekerja tempatan, ia kekal sebagai inisiatif penting yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu dan tempat kerja, termasuk ketika menjalankan aktiviti harian.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim berkenaan menjelang penghujung tahun, termasuk aspek hala tuju dasar, keberkesanan pelaksanaan serta kemampanan dana bagi memastikan LINDUNG 24 Jam terus memberi manfaat kepada rakyat.

"Sekiranya diperlukan, hasil penelitian itu akan dibentangkan di Parlimen bagi cadangan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)," katanya.

PERKESO turut memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memperkukuh kesedaran rakyat mengenai manfaat skim itu serta kepentingan perlindungan sosial.

 

Kerajaan U-turn Potongan Wajib Perkeso — Sebab Nak PRN Ke?​

Bukan ini je..banyak lagi bakal di u-turnkan ni!
yeeehaaa arriba arriba arriba! andre andre andre! yippa yippa yippa!

 

[S01:E16] PERKESO wajibkan Skim Lindung 24 Jam, ramai pekerja terbeban? - Dr. Aimi, Economist​


Ramai pekerja mempersoalkan potongan tambahan untuk perlindungan PERKESO 24 jam, terutamanya mereka yang sudah mempunyai takaful atau insurans sendiri. Dalam masa yang sama, masih ramai waris gagal menuntut manfaat insurans dan takaful kerana tidak mengetahui polisi si mati.

Hakikatnya. kedua-dua isu ini berkait rapat dengan perlindungan kewangan. Dari cabaran memperkukuh jaringan keselamatan sosial sehinggalah ribuan polisi insurans dan takaful yang tidak dituntut, keadaan ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia belum membuat perancangan kewangan dan harta dengan baik.

Financial Faiz Podcast kali ini bersama Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi, Penganalisis Ekonomi dari UniKL Business School, membincangkan rasional PERKESO 24 jam, cabaran pelaksanaannya serta bagaimana portal Semak Kasih membantu waris menyemak dan menuntut manfaat insurans dan takaful ahli keluarga yang meninggal dunia.

Disclaimer: Video ini direkodkan pada 7 Julai 2026. Sebarang perubahan dasar atau maklumat selepas tarikh tersebut tidak termasuk dalam perbincangan ini.

 
Back
Top
Log in Register