BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NRES Di Fasa Akhir Muktamad Pindaan Akta 127, Dijangka Dibentang Pada 2027

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
52f1514abb4ee71183fd8048ba7cf7ac69df55f3a275d

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika ditemui media selepas Sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar di Bangi Avenue Convention Centre hari ini.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini dalam fasa akhir memuktamadkan pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang menyeluruh bagi menangani isu alam sekitar yang lebih kompleks.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata NRES menyasarkan untuk membentangkan pindaan terhadap akta berkenaan di Parlimen pada awal 2027.

“(Pindaan ini) akan memberikan kuasa lebih luas kepada anda (penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar) untuk bertindak,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke-51 di sini hari ini.

Beliau berkata aspek pemerkasaan teknologi merangkumi penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) yang turut dilaksana bagi memperkasakan lagi aspek penguatkuasaan.

“Kita mesti mendahului penjenayah alam sekitar dari segi teknologi. Penggunaan dron, sensor Internet Benda (IoT) dan AI dalam pemantauan akan ditingkatkan.

“Namun, harus diingat secanggih mana pun teknologi yang kita miliki, ia hanyalah alat bantuan. Kekuatan sebenar tetap terletak pada kecekapan dan naluri manusia yang mengendalikannya,” katanya.

Arthur turut menegaskan operasi penguatkuasaan juga akan dilaksanakan secara bersepadu dengan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Beliau ketika ditemui selepas majlis itu berkata kementerian meneliti pindaan terhadap Akta 127 bagi memperluas bidang kuasa penguatkuasaan untuk anggota JAS melaksanakan penugasan dengan lebih baik.

“Kami sedang membuat beberapa penambahbaikan di bawah JAS seperti pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling untuk meluaskan lagi dan juga meningkatkan lagi kuasa di bawah JAS.

 
Back
Top
Log in Register