BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pindaan Akta Perlindungan Saksi Dibentang Bagi Bacaan Pertama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Pindaan Akta Perlindungan Saksi Dibentang Bagi Bacaan Pertama​

04da1f4e0f0faf362bec500e67d48a366a54ab9aca181

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berucap pada Sesi Kamar Khas pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 yang bertujuan meningkatkan perlindungan kepada saksi serta keupayaan dalam memberikan sokongan psikologi dan pascaperlindungan, dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Menurut naskhah RUU itu yang dimuat naik di portal rasmi Parlimen, antara cadangan utama ialah membolehkan permohonan kemasukan dalam program perlindungan saksi dibuat bagi saksi yang tiada keupayaan di sisi undang-undang oleh ibu atau bapa atau penjaga.

Fasal 2 menyatakan subseksyen 7(3) Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah umur lapan belas tahun” perkataan “atau tiada keupayaan di sisi undang-undang”.

Selain itu, Fasal 3 RUU itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 10A dan 10B ke dalam Akta 696.

“Seksyen baharu 10A menghendaki seseorang peserta atau seseorang yang bertindak bagi pihak peserta itu untuk membuat suatu perjanjian bertulis yang menetapkan terma dan syarat perlindungan dan bantuan program, kewajipan peserta dan perkara yang berkaitan, termasuk pelaksanaan perjanjian itu di hadapan pegawai yang ditentukan.

“Seksyen baharu 10B mengadakan peruntukan bagi penerusan perjanjian sedia ada yang telah dibuat antara peserta dengan kerajaan sebelum akta ini mula berkuat kuasa, jika perjanjian itu masih berkuat kuasa, dan untuk memperuntukkan bahawa kedua-dua pihak kepada perjanjian, hendaklah tertakluk dan berhak kepada faedah di bawah akta ini,” menurut naskhah itu.

Sementara itu, Fasal 4 bertujuan meminda subseksyen 13(2) Akta 696 untuk memasukkan bantuan psikologi termasuk kaunseling sebagai sebahagian daripada bantuan yang boleh diberikan kepada seseorang peserta.

 
Back
Top
Log in Register