combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dewan Rakyat Lulus RUU Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 yang bertujuan memperluas akses kemasukan ke dalam Program Perlindungan Saksi.
RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 13 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.
Antara pindaan utama ialah kepada subseksyen (7)(3) Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) untuk membolehkan permohonan kemasukan ke dalam program dibuat oleh ibu atau bapa bagi pihak saksi yang tiada keupayaan di sisi undang-undang.
RUU itu turut meminda Seksyen 13(2) Akta 696 dengan memasukkan bantuan psikologi, termasuk kaunseling, sebagai sebahagian daripada bantuan yang boleh diberikan kepada peserta program.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kedua berkata pengalaman pelaksanaan program berkenaan menunjukkan terdapat beberapa aspek yang perlu diperkukuh supaya kekal relevan dengan cabaran semasa.
Menggulung perbahasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata program itu terbukti meningkatkan keberkesanan sistem keadilan jenayah, termasuk membantu pendakwaan dalam pelbagai kes berprofil tinggi.
Beliau berkata perlindungan terhadap identiti dan keselamatan saksi membolehkan mereka tampil memberikan keterangan tanpa rasa takut akan ugutan atau intimidasi, sekali gus membantu pihak pendakwaan mengemukakan bukti yang lebih lengkap dan kukuh kepada mahkamah.
“Keadaan ini membantu memastikan kelancaran prosedur, mengurangkan risiko saksi menarik diri atau enggan memberikan keterangan serta menyumbang kepada keberkesanan keseluruhan proses pendakwaan,” katanya.
Terdahulu ketika sesi perbahasan, rata-rata ahli Parlimen menyokong usaha memperkukuh keselamatan saksi dan pemberi maklumat, di samping mengemukakan pelbagai syor bagi menambah baik kebajikan dan ketelusan program.
Loading…
www.bernama.com