BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (Pindaan) Dibentang Untuk Bacaan Pertama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

RUU Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (Pindaan) Dibentang Untuk Bacaan Pertama​

d19c8b26c3019291921cb578e9c461be6a3b86b0e6a16

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Antara cadangannya ialah memperluaskan fungsi suruhanjaya, mengubah komposisi keanggotaan dan menaikkan had nilaian kontrak tanpa kelulusan Menteri sehingga RM50 juta.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata bacaan kali kedua RUU itu akan dibuat pada persidangan kali ini.

Menurut naskhah RUU berkenaan yang dimuat naik di portal rasmi Parlimen, antara cadangan utama ialah pindaan Seksyen 45 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) menerusi Fasal 15 yang meningkatkan had nilai kontrak yang boleh dimeterai oleh Suruhanjaya secara mandiri.

“Had nilaian kontrak yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan dicadangkan dinaikkan daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM50 juta,” menurut RUU tersebut.

RUU itu turut mencadangkan penggantian Seksyen 6 menerusi Fasal 3 bagi memperjelas komposisi keanggotaan Suruhanjaya yang memperuntukkan pelantikan tiga orang anggota mewakili Kerajaan Persekutuan.

“Salah seorang daripadanya hendaklah Ketua Setiausaha bagi Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia yang merupakan anggota ex-officio,” menurut RUU itu.

Pindaan itu juga menaikkan bilangan maksimum anggota lain daripada lima kepada tujuh orang anggota yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan pengetahuan dalam perkara berkaitan termasuk komunikasi, perundangan, ekonomi dan perlindungan pengguna.

Selain itu, Fasal 4 menetapkan tempoh jawatan bagi Pengerusi dan anggota lantikan selama dua tahun dan layak dilantik semula, namun tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lima tempoh sama ada terus menerus atau selainnya.

 
Back
Top
Log in Register