BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua RUU Di Bawah KPDN Berkaitan Persaingan Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua RUU Di Bawah KPDN Berkaitan Persaingan Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama​

8681fef4c00f42c2c6dfdd1d687ba64069a6be099082c

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali

Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 dan RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika membentangkan dua RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

Menurut naskhah RUU Persaingan (Pindaan) 2026 yang dipaparkan di portal Parlimen hari ini, RUU itu bertujuan meminda Akta Persaingan 2010 (Akta 712) bagi mengukuhkan pelbagai aspek termasuk peruntukan berhubung kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

RUU itu juga bertujuan mengukuhkan tatacara membuat keputusan oleh MyCC dan peruntukan yang mentadbir Tribunal Rayuan Persaingan.

Menurut RUU itu, Fasal 3 meluaskan ruang lingkup pemakaian Akta 712 kepada apa-apa aktiviti ekonomi dan tidak lagi terhadap aktiviti komersial sahaja.

Selain itu, Fasal 7 mencadangkan MyCC berkuasa untuk memperoleh maklumat atau dokumen bagi menjalankan kajian semula pasaran di bawah Akta 712 daripada mana-mana orang yang dipercayai atau entiti kerajaan.

Menurut Fasal 13 pula, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang dengan sengaja memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah data atau apa-apa bahan lain untuk menipu MyCC atau untuk menghalang, menangguhkan atau menggalang siasatan dan pelaksanaan kuasa suruhanjaya itu.

Susulan cadangan pindaan kepada Akta 712, pindaan juga akan dibuat pada Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713).

Menurut naskhah RUU itu, Fasal 8 menjelaskan lagi fungsi MyCC dalam menasihati menteri, pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain mengenai perkara berkenaan persaingan termasuk memberi nasihat tentang polisi, tatacara dan program berkaitan persaingan.

 
Back
Top
Log in Register