BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Jenayah Siber 2026 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama, Perkukuh Keselamatan Digital

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RUU Jenayah Siber 2026 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama, Perkukuh Keselamatan Digital​

ff782f6c697095de398fa32eb4c1890f6a38dcce80ca9

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 bagi memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bacaan kali kedua dan ketiga pada 1 Julai ini.

Beliau berkata pada masa kini, ancaman jenayah siber bukan sahaja melibatkan pencerobohan sistem komputer dan kecurian data, malah turut merangkumi kecurian identiti, penipuan dalam talian, eksploitasi dan serangan perisian tebusan (ransomware), serta penyalahgunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

"Justeru, RUU Jenayah Siber 2026 ini adalah penting bagi mencegah dan memerangi jenayah siber yang semakin kompleks," katanya dalam kenyataan selepas pembentangan RUU itu hari ini.

Ahmad Zahid berkata RUU itu antara lain bertujuan memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) bagi memastikan Malaysia dapat memenuhi obligasi antarabangsa di bawah Konvensyen Budapest (Council of Europe Convention on Cybercrime) serta Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Jenayah Siber.

“RUU Jenayah Siber 2026 ini akan memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan jenayah siber dan dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (NACSA, MKN JPM),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata RUU itu mengandungi lapan Bahagian dan 61 Fasal yang akan memperuntukkan kuasa kawal selia serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah siber yang lebih kompleks.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yakin penggubalan RUU itu akan menambah baik ekosistem keselamatan ruang siber negara, sekali gus menjamin persekitaran digital lebih selamat, terpelihara dan dipercayai.

"Melalui kerangka perundangan yang lebih mampan nanti, ia bukan sahaja akan melindungi rakyat secara tuntas, tetapi juga menyokong pertumbuhan ekonomi digital, menggalakkan inovasi serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global," katanya.

 
Back
Top
Log in Register