combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,127
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,127
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dewan Negara Lulus RUU Jenayah Siber 2026
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang bertujuan untuk memperkukuh kerangka perundangan negara dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.
RUU yang mengandungi lapan bahagian dan 61 fasal itu digubal bagi memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997.
RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara selepas dibahaskan oleh 21 Ahli Dewan Negara dan dipersetujui tanpa pindaan di peringkat Jawatankuasa.
Ketika menggulung perbahasan, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata semua kesalahan di bawah RUU Jenayah Siber 2026 boleh diekstradisi kerana memperuntukkan hukuman penjara minimum tiga tahun.
Beliau berkata di bawah Akta Ekstradisi 1992, mana-mana kesalahan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun dikategorikan sebagai kesalahan yang boleh diekstradisi.
"Memandangkan hukuman penjara minimum yang diperuntukkan di bawah RUU Jenayah Siber 2026 ialah tiga tahun, maka secara automatik semua kesalahan di bawah RUU ini turut boleh diekstradisi," katanya.
Rubiah berkata kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antarabangsa menerusi mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (MLA), INTERPOL, ASEANAPOL, kerjasama antara pasukan serta pelaksanaan Konvensyen Budapest dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Jenayah Siber.
Beliau berkata bagi mendapatkan keterangan dan bukti digital, termasuk melaksanakan penggeledahan dan penyitaan di luar negara serta menjejak lokasi pelaku, kerajaan akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002.
Beliau berkata RUU Jenayah Siber 2026 tidak mengawal selia teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) secara khusus, sebaliknya memberi tumpuan kepada tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan teknologi itu bagi tujuan jenayah seperti penipuan, manipulasi pilihan raya serta eksploitasi seksual.