BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 Perkukuh Kawal Selia MCMC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

RUU Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 Perkukuh Kawal Selia MCMC​

40f68fbb8d1a67d3c711fc4ddf0b19ca6a5747227038d

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) (Pindaan) 2026 akan mengukuhkan peranan, fungsi, tadbir urus serta operasi suruhanjaya itu dalam memantapkan aktiviti pengawalseliaan di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pindaan kepada Akta MCMC 1998 [Akta 589] adalah wajar, mengambil kira perkembangan pesat industri dan pelbagai cabaran yang dihadapi serta bagi menambah baik peranan suruhanjaya itu dalam pembangunan industri komunikasi dan multimedia.

Beliau berkata pindaan seksyen 16 akta itu antara lain bertujuan memperjelaskan fungsi MCMC berhubung membangun dan mengawal selia piawaian infrastruktur dan platform yang akan menggalakkan saling kendalian serta memacu pembangunan industri komunikasi dan multimedia dan ekonomi Malaysia yang lebih luas.

Teo berkata ia turut melibatkan keselamatan, perlindungan keselamatan, kewibawaan dan keutuhan aset maklumat, rangkaian komunikasi dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian komunikasi serta mengaudit pemegang lesen atau orang lain yang menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi.

“Fasal 10 memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam Akta 589 untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pendaftaran arahan Menteri dan keperluan untuk menyenggara suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan media elektronik,” katanya ketika membentangkan RUU itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pindaan turut melibatkan operasi MCMC yang menjelaskan kuasa suruhanjaya itu untuk menjalankan audit ke atas sebarang maklumat dan aktiviti pemegang lesen atau mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi selaras dengan kuasa mengaudit yang terkandung di dalam seksyen 73A dan 73B Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Teo berkata pindaan itu juga menjelaskan pembayaran penalti kewangan yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selaras dengan pengenaan penalti kewangan bagi kesalahan-kesalahan tertentu seperti ketidakpatuhan kepada standard mandatori dan kod industri yang diperkenalkan di bawah Akta 588.

Beliau berkata ia juga memberi kuasa kepada MCMC untuk menerbitkan maklumat antara lain berhubung kesalahan di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia yang dikawal selia oleh suruhanjaya itu bagi mengekang kesalahan di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.

“(Pindaan juga berkaitan) Peningkatan nilai had kewangan sedia ada ke atas kontrak yang boleh dimasuki oleh MCMC. Pada masa ini, MCMC perlu mendapatkan persetujuan daripada Menteri Kewangan untuk sebarang kontrak yang bernilai lebih daripada RM5 juta.

 
Back
Top
Log in Register