BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Pulau Pinang Lulus Pindaan RUU Enakmen LMNPP, Perkukuh Kawal Selia Aktiviti Muzium

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

DUN Pulau Pinang Lulus Pindaan RUU Enakmen LMNPP, Perkukuh Kawal Selia Aktiviti Muzium​

8539292d531aff7c038bba14b75e63bd6a05b7558d642

Kredit: FB Wong Hon Wai

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) 2026 bagi memperkukuh kawal selia aktiviti muzium dan penguatkuasaan.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai ketika membentangkan RUU itu berkata Enakmen LMNPP berperanan sebagai kerangka perundangan utama dalam mengawal selia pengurusan serta pengendalian muzium di negeri itu.

Beliau bagaimanapun berkata berdasarkan pelaksanaan sepanjang tempoh itu, didapati terdapat beberapa aspek yang wajar ditambah baik bagi memastikan perundangan berkenaan kekal relevan, jelas dan berkesan.

“Antaranya menetapkan dengan jelas bahawa tiada mana-mana pihak boleh menjalankan aktiviti muzium tanpa kelulusan lembaga, penambahan bahagian penguatkuasaan, penambahbaikan tadbir urus dan struktur pentadbiran serta penyeragaman perundangan.

“Pindaan ini bukan bertujuan menambah beban, sebaliknya untuk memperkasa kerangka perundangan sedia ada agar lebih responsif terhadap cabaran semasa termasuk dalam aspek teknologi, pengurusan koleksi dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Wong berharap pindaan itu dapat mempertingkatkan kredibiliti institusi muzium negeri, memelihara warisan secara lebih sistematik serta memastikan perundangan negeri kekal responsif terhadap perkembangan semasa.

Selain itu, persidangan DUN hari ini turut meluluskan usul pemilihan Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Ya’akub dan Dr RA Lingeshwaran sebagai Ahli Dewan Negara, menggantikan Senator Lingeshwaran dan Amir Md Ghazali yang telah tamat tempoh perkhidmatan masing-masing pada 6 Mac lepas.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang ke-15 yang berlangsung sejak 8 Mei lepas itu menyaksikan 81 soalan lisan, 783 soalan bertulis dikemukakan, satu RUU dan tiga usul.

 
Back
Top
Log in Register