BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Dibentang Isnin, Fokus Banteras Lumba Haram - Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

RUU Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Dibentang Isnin, Fokus Banteras Lumba Haram - Loke​

3cad6107e9aef687b24265817a8ea4976a33949711006

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan ucapan pada Majlis Pra- Pelancaran Wisma Golden Horse, Q Centre@ Port Klang Free Zone (PKFZ) Kuarters Pekerja Berpusat, Pembukaan Kilang Suntek Materials Sdn Bhd dan Kilang Golden Horse Rubber Fasa 2 di Wisma Golden Horse, PKFZ hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rang Undang-Undang (RUU) (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang merangkumi 11 skop pindaan dan 42 fasal akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Isnin ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata RUU itu dijadualkan untuk dibahaskan pada bacaan kali kedua pada Selasa, dan dijangka diluluskan pada hari yang sama.

Pindaan itu juga mendapat sokongan daripada ahli Parlimen pembangkang yang turut menganggotai  Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Loke berkata antara fokus pindaan komprehensif itu, termasuk memperkukuh tindakan terhadap kegiatan lumba haram yang masih menjadi ancaman serius kepada keselamatan pengguna jalan raya, khususnya pada setiap hujung minggu.

“Pindaan itu turut merangkumi langkah lebih tegas bagi membanteras kegiatan tonto serta memperkukuh aspek penguatkuasaan dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, dan memastikan pematuhan undang-undang yang lebih berkesan,” katanya pada sesi taklimat pindaan RUU itu kepada wakil media, di sini hari ini.

Selain itu, Loke berkata pindaan Akta 333 kali ini yang lebih menyeluruh turut merangkumi langkah lebih tegas, termasuk memperkenalkan peruntukan khusus berkaitan aktiviti menduga kelajuan serta mengawal selia penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter dan e-basikal.

Beliau berkata pindaan itu juga memberikan penekanan kepada transformasi digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk memperluas penggunaan dokumen elektronik dan penyampaian notis secara digital, selain memperketat tindakan terhadap kesalahan mengemukakan maklumat atau dokumen palsu kepada pihak berkuasa.

"Pindaan ini ialah satu pindaan yang komprehensif. Banyak perkara yang kita masukkan dalam pindaan kali ini," katanya.

Mengulas cadangan menaikkan kadar maksimum tawaran kompaun daripada RM300 ketika ini, Loke berkata langkah itu hanya melibatkan kesalahan tertentu yang dianggap serius dan berulang, termasuk berkaitan lesen kenderaan motor, lesen memandu, had kelajuan, pemeriksaan kenderaan serta pelanggaran isyarat dan arahan lalu lintas.

 
Back
Top
Log in Register