BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 : Kompaun RM500 bermula 2029

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama​

873bedd8c9c125c78353d64a4f0f6e426a38f094e6186

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke selepas Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen.


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan 2026) yang bertujuan untuk memperkukuh kuasa pengawalseliaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika membentangkan RUU berkenaan berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang disiarkan di portal rasmi Parlimen, RUU itu antara lain bertujuan untuk menaikkan denda daripada minimum RM300 kepada tidak kurang RM500 bagi beberapa kesalahan.

Antaranya kesalahan gagal mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan, tidak memiliki lesen, memandu tanpa lesen memandu yang sah, memandu melebihi had laju, melanggar syarat berkaitan pembinaan, kelengkapan dan penggunaan kenderaan serta mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas serta lumba haram.

Menurut RUU itu, Fasal 13 mencadangkan hukuman lebih berat terhadap individu yang memandu ketika lesen memandu digantung, dengan penalti dinaikkan kepada penjara hingga tiga tahun atau denda antara RM3,000 dan RM10,000 berbanding hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 sebelum ini.

Selain itu, pindaan Fasal 15 memperuntukkan seksyen baharu 42A bagi menjadikan perbuatan berlumba atau dugaan kelajuan di jalan raya sebagai kesalahan dengan hukuman denda tidak kurang RM2,000 dan maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun bagi kesalahan kali pertama atau kedua-duanya.

“Jika sabitan kali kedua, denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya,” menurut RUU itu.

Selain itu, Fasal 37 bertujuan untuk meminda Seksyen 120 supaya amaun kompaun maksimum bagi kesalahan boleh kompaun dinaikkan daripada RM300 kepada RM500, manakala Fasal 28 serta subfasal 28(a) dan 28(b) mencadangkan penalti bagi kesalahan membuat pernyataan palsu diperketatkan dengan denda sehingga RM200,000 atau hukuman penjara hingga 10 tahun.

Sementara itu, Fasal 22 mencadangkan pindaan Seksyen 66 Akta 333 untuk memberi menteri kuasa bagi menetapkan fi berhubung dengan pengeluaran suatu permit masuk kenderaan motor asing.

 
406546-406546.jpg


NASIONAL | Kerajaan bercadang menguatkuasakan kadar maksimum kompaun baru dari RM300 kepada RM500 bagi kesalahan jalan raya mulai 1 Januari 2029.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia selaras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), di mana tujuannya bagi meningkatkan pematuhan, bukan membebankan rakyat atau menambah pendapatan kerajaan.

Sumber : Buletin TV3 #BeritaTerkini #KementerianPengangkutan #JPJ #KesalahanJalanRaya #Kompaun
 

Kompaun RM500 hanya bermula 2029​

fae18766-polis-trafik-bernama-171224.jpg

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kenaikan kompaun bukan bertujuan menambah hasil kerajaan sebaliknya bagi meningkatkan pematuhan peraturan jalan raya. (Gambar Bernama)

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata tempoh peralihan yang panjang itu sengaja diberikan bagi memberi ruang kepada masyarakat meningkatkan kesedaran dan mengubah sikap pemanduan masing-masing.

“Kenaikan ini bukan bertujuan untuk menambah hasil kerajaan, tujuannya ialah untuk meningkatkan pematuhan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pengangkutan Jalan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kadar RM500 adalah had maksimum berdasarkan keseriusan kesalahan, bukan dilaksanakan secara rata ke atas semua jenis pelanggaran trafik.

Loke turut berkata, langkah itu bukan bermakna kerajaan mahu membebankan rakyat, sebaliknya memfokuskan kepada aspek keselamatan jalan raya.

“Kesalahan seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu secara berbahaya, atau mengabaikan peraturan asas boleh membawa akibat yang sangat serius,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sistem hukuman sedia ada perlu diintegrasikan dengan elemen pendidikan dan tindakan pembetulan lebih tegas.

“Sistem hukuman perlu disokong dengan sistem demerit, kursus semula, pendidikan, dan tindakan terhadap pesalah berulang.

“Kerajaan sedang dan akan terus memperkukuh sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (Kejara) supaya kesalahan berulang boleh memberi kesan kepada kelayakan memandu, bukan sekadar diselesaikan melalui bayaran kompaun,” katanya.

Terdahulu, beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Shahidan Kassim (PN-Arau) membantah cadangan kerajaan menaikkan kompaun maksimum bagi lebih 700 kesalahan jalan raya daripada RM300 kepada RM500.

Katanya, langkah itu membebankan rakyat yang sedang berdepan dengan kos sara hidup tinggi.
 
Back
Top
Log in Register